
KUCHING: Program Kesihatan Mental Belia menerusi Rakan Muda Comfort Room sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada pembangunan belia.
Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu menegaskan, inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) itu memfokuskan terhadap isu kesihatan mental.
“Sarawak bertuah apabila terpilih antara enam buah negeri untuk program ini yang merupakan inisiatif membantu golongan remaja dan belia mengendalikan masalah kesihatan mental.
“Kita percaya melalui pendekatan menyediakan platform ini, maklumat serta pendidikan, kesedaran berkaitan kesihatan mental dapat dibawakan ke seluruh Sarawak,” ujar beliau pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran Rakan Muda Comfort Room @ Sarawak 2022 di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah JBS Negeri Sarawak, Lamat Nyalau serta wakil jabatan kesihatan.