ARTIKEL

Contohi anak muda Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Anak muda Sarikei menampilkan usaha terpuji apabila menjayakan misi bantuan amal kepada petugas barisan hadapan memerangi penularan wabak Covid-19 di bahagian ini.

Semua sumbangan itu hasil daripada kutipan dana persendirian sebelum diserahkan kepada penerima sejak beberapa hari lalu. Mohd Mazrulnizar Materang, 27, berkata, selain anggota polis dan Rela yang bertugas mengendalikan sekatan jalan raya, mereka turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada golongan gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Kami sekadar ingin menzahirkan perasaan terima kasih kepada semua anggota polis dan Rela yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

“Begitu juga sumbangan untuk mereka yang kurang berkemampuan. Saya terpanggil menghulurkannya selepas terbaca luahan hati mereka di laman sosial Facebook. “Jumlah yang dihulurkan tidaklah seberapa, tetapi cukup untuk meringankan beban dan menceriakan penerima,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau berkata, sumbangan itu diserahkan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan sumbangan kepada anggota polis dan Rela.

Hari pertama katanya, kesemua bantuan berupa makanan itu berjaya diserahkan dengan bantuan rakannya, Mohd Harudin Ramli, 23, dan Faisal Jasdi, 33.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan