ARTIKEL

Contohi Belanda, komersial buah-buahan tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAKAM KENANGAN… Abang Johari (lapan kiri) bersama Jacques Werner (sembilan kiri) merakam kenangan bersama-sama kenamaan lain selepas menyaksikan MoU.

KUCHING: Sarawak berhasrat mengusahakan buah-buahan tempatan secara komersial kerana ia boleh dikitar semula berdasarkan ekonomi pekeliling yang mampan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, untuk mencapai hasrat ini, Sarawak perlu mengguna pakai teknologi pintar dengan menjadikan negara Belanda sebagai contoh.

“Sarawak mempunyai buah tempatan seperti nanas termasuk terung asam atau terung Dayak.  Ini adalah antara buah-buahan yang boleh kita usahakan secara besar-besaran.

PERTUKARAN MOU… Abang Johari (tengah) menyaksikan pertukaran MoU antara Kerajaan Sarawak dan MFC melalui Agro Machtigen Malaysia Sdn Bhd.

“Seperti yang anda tahu, buah ini bukan sahaja boleh dijual isi dan jusnya, tetapi juga boleh dikitar semula berdasarkan ekonomi pekeliling dengan negara Belanda adalah pakar dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bengkel Keselamatan Makanan Pertama Antara Belanda dan Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas perasmian program, beliau berkata Sarawak boleh mencontohi Belanda dalam sektor hortikultur.

“Sarawak boleh menjadikan Belanda sebagai negara contoh bagaimana sektor tersebut telah berkembang dan pertanian mereka tidak melibatkan pembaziran tanah.

“Saya dimaklumkan jika mereka menanam satu jenis tanaman, kawasan itu tidak boleh mengeluarkan tanaman pada tahun berikutnya. Mungkin untuk tanaman lain barulah mereka boleh melatih petani lain, bermakna tidak ada pembaziran guna tanah.

“Bagi Sarawak, kita mempunyai tanah yang luas, penduduk yang kecil, tetapi kita boleh menjadi pengeksport makanan di rantau ini,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari bersama Duta Besar Belanda ke Malaysia Tuan Yang Terutama Jacques Werner menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Sarawak dan Konsortium Kluster Makanan Metropolitan Sarawak (MFC) melalui Agro Machtigen Malaysia Sdn Bhd.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit