Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Contohi semangat etnik Kejaman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
YASMIN Banau bergambar kenangan bersama-sama ibu bapa semasa pendaftaran masuk ke Politeknik Mukah (PMU).
YASMIN Banau bergambar kenangan bersama-sama ibu bapa semasa pendaftaran masuk ke Politeknik Mukah (PMU).

MUKAH: Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pastinya impian untuk terus maju dalam kehidupan. Malah ia pasti menjadi satu kebanggaan apabila menjadi merupakan antara salah seorang pelajar dari kawasan pedalaman yang berjaya meneruskan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Ini yang dialami oleh Yasmin Banau Sumoi, 19, yang berdarah etnik Kejaman dari Uma Kejaman Lasah, Long Segaham (Levuk Naju’uk) daerah Belaga apabila baru-baru ini berjaya terpilih untuk mendaftar masuk ke Politeknik Mukah (PMU).

Dalam kemasukan pada kali ini, dia terpilih untuk meneruskan pengajian di dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik. Dikenali sebagai antara kaum minoriti di Sarawak, Yasmin mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu menjadi salah seorang jurutera dan yakin impiannya itu menjadi kenyataan selepas meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.

Ibu bapa Yasmin ketika ditemui semasa menghantarnya di PMU turut berharap serta berdoa agar Yasmin berjaya dalam pelajaran dan dapat menjadi contoh kepada etnik Kejaman suatu hari nanti.

Yasmin merupakan antara 270 orang pelajar PMU baharu yang berjaya mendaftar diri di Politeknik Mukah bagi Sesi 2 2021/2022 secara pandu lalu baru-baru ini.

Baca lain  Penganggur kantoi buat laporan polis palsu demi mengelak bayar hutang kawan

Pendaftaran pelajar baharu PMU yang diadakan pada 28 Februari lalu berjalan dengan lancar bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan telah dipatuhi sepenuhnya.

Kali ini PMU menawarkan kesemua pelajar baharu dengan bidang dalam Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Diploma Teknologi Maklumat (Teeknologi Digital), Diploma Kejuruteraan Mekanikal,Diploma Akauntansi,Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru