COVAX edar 38 juta vaksin kepada 100 negara

WASHINGTON: Kemudahan COVAX setakat ini berjaya mengagihkan 38 juta dos vaksin COVID-19 ke lebih 100 negara dalam masa 42 hari, lapor Sputnik memetik UNICEF pada Khamis.

“COVAX sudah edar vaksin ke lebih 100 negara sejak bekalan pertama dihantar ke Ghana pada 24 Februari,” kata UNICEF dalam satu kenyataan.

Kemudahan COVAX ialah inisiatif global bertujuan untuk akses vaksin yang adil, diterajui UNICEF.

“Sehingga kini lebih 38 juta dos vaksin daripada pengeluar AstraZeneca, Pfizer-BioNTech dan Serum Institute of India (SII) diagihkan, termasuk di 61 negara yang layak mendapat vaksin di Gavi COVAX Advance Market Commitment,” menurut kenyataan itu lagi.

Walaupun terdapat kekurangan bekalan pada Mac dan April kerana permintaan yang meningkat di India, COVAX berharap dapat mengedarkan dos vaksin kepada semua negara peserta pada separuh pertama tahun ini.

Suara Sarawak