Covid-19: 10 daerah kekal zon merah, lapan hijau

KUCHING: 10 daerah di Sarawak masih berstatus zon merah setakat hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). Menurutnya, daerah itu adalah Serian, Subis, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Daerah Selangau dan Bau masing-masing kembali ke status kuning dan jingga.“Selangau kembali ke kuning setelah merekodkan 19 kes jangkitan tempatan, manakala Bau bertukar jingga selepas mencatatkan 40 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu JPBNS menambah, Limbang bertukar status kepada status kuning setelah merekodkan dua kes jangkitan tempatan baharu.

“Dalat pula telah bertukar status kuning daripada jingga selepas hanya 17 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” ujar JPBNS sambil menambah sejumlah lapan daerah di Sarawak kekal zon hijau.

Mengenai kluster Covid-19, hari ini jumlah kluster Covid-19 yang masih aktif di Sarawak kekal sebanyak 28 dengan lima kluster merekodkan penambahan kes hari ini.

“23 lagi kluster tidak melaporkan sebarang kes positif baharu,” jelas JPBNS.

Suara Sarawak