Covid-19: 1,033,643 individu sudah daftar Program Vaksinasi

KUCHING: Setakat 8 pagi ini, sejumlah 1,033,643 individu sudah mendaftar bagi Program Vaksinasi Covid-19 di seluruh Sarawak.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS), daripada jumlah tersebut 615,208 orang mendaftar melalui pejabat Residen Bahagian, 418,435 individu telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 21 Februari lalu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media menyatakan kerajaan negeri sudah membuka pendaftaran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 secara percuma untuk penduduk Sarawak.

Menurutnya, pendaftaran itu dapat dibuat menerusi aplikasi My Sejahtera selain boleh menghubungi hospital, klinik dan pejabat daerah terdekat berhubung pendaftaran itu.

Suara Sarawak