KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 104 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat hari ini adalah 251,142.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah itu sebanyak 37 kes adalah kategori 1, 64 kes dalam kategori 2, manakala tiga kes lain melibatkan kategori 4 dan 5.
“Daerah Kuching merekodkan sebanyak 35 kes, diikuti Miri (19), Limbang (12), Bintulu (8), Lawas (6), Serian (5), Sibu (4), Sarikei, Samarahan, Simunjan dan Betong (2) dan masing-masing satu kes di Mukah, Pusa, Kapit, Tanjung Manis, Asajaya, Matu dan Kabong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, tiada kematian dilaporkan hari ini.