Covid-19: 11 Kluster melaporkan penambahan kes

KUCHING: Sebanyak 39 kluster Covid-19 yang masih aktif di Sarawak hari ini.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 11 kluster yang melaporkan penambahan kes.

“Manakala 28 kluster lagi tidak ada penambahan kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara, katanya Daerah Telang Usan telah bertukar kepada status hijau daripada kuning setelah 14 hari tiada kes jangkitan tempatan direkodkan.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau meningkat kepada lapan daerah.

Manakala 11 daerah kekal merah, tiga jingga dan 18 daerah kuning.

Suara Sarawak