KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sejumlah 179 kes positif Covid-19 menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 4,124 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah tersebut 65 kes dicatatkan di Sibu, Song (54), Miri (12), Kapit (11), Lundu (7), Selangau (7), Bau (6), Bintulu (5), Sebauh (3), Meradong (2), Kanowit (2), Kuching (1), Pakan (1), Samarahan (1), Sarikei (1) dan Serian (1).
“Kluster Pasai, Sibu terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 101 kes hari ini menjadikan keseluruhan 1,805 kes dilaporkan.
“Sementara Kluster Tabong, Bau mencatatkan penambahan enam kes dan Kluster Bedayan Serian satu kes, manakala lapan lagi kluster lain yang aktif di Sarawak tidak merekodkan sebarang penambahan kes,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.
Tambahnya, hari ini Daerah Song di Bahagian Kapit telah bertukar dari status Jingga kepada status Merah setelah merekodkan sejumlah 85 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Kapit telah bertukar daripada status Kuning kepada status Jingga setelah sejumlah 24 kes jangkitan tempatan direkodkan.
“Daerah Dalat, Bintulu, Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,724 kes.
“Sarikei, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 79 kes, manakala 10 daerah lain kekal status Hijau,” jelasnya.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my