Covid-19: 1,800 keluarga dapat pembelaan

MIRI: Sebanyak 1,800 keluarga yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 terus mendapat perhatian apabila masing-masing menerima bakul makanan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan kelab.

Program kemanusiaan itu dikendalikan oleh Persatuan Belia Miri dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Amanah Amal Mulia dan Kelab Rakan Muda Oiltown.

Semua bantuan berkenaan disumbangkan oleh Kuching Food Aid bagi menjayakan Program Bantuan Makanan Miri. Pengerusi Persatuan Belia Miri, Matassan Rohani berkata, setakat ini sebanyak 1,800 keluarga mendapat manfaat daripada program terbabit.

“Selain barangan keperluan asas dan peralatan kesihatan, kita juga dijangka akan menerima keperluan lain seperti susu bayi selain memohon kerusi roda bagi golongan pesakit yang tidak dapat berjalan,” kata beliau dalam hantaran di Facebooknya semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

Suara Sarawak