Covid-19: 185 kes baharu di Sarawak

KUCHING: Jumlah kes baharu positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 185 kes hari ini iaitu peningkatan sebanyak 51 kes atau 38.05 peratus berbanding semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 7,943.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini, kes tertinggi direkodkan di Daerah Sibu (82) diikuti Kuching (29), Kapit (20), Sri Aman (11), Bukit Mabong (10), Bau (enam), Bintulu (enam), Song (lima), Samarahan (empat), Miri (empat ), Kanowit (tiga), Serian (satu), Sebauh (satu), Julau (satu), Sarikei (satu) dan Belaga (satu).

Sementara, terdapat 195 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini melibatkan Hospital Sibu (87), Hospital Miri (57), Hospital Sarikei (20), Hospital Umum Sarawak (15), PKRC di bawah Hospital Kapit (14), Hospital Bintulu (satu) dan Hospital Limbang (satu).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 5,774 orang atau 72.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negeri ini,” katanya.

Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 2,066 orang iaitu 1,135 kes di Hospital Sibu, Hospital Miri (244), Hospital Kapit – PKRC Kapit (227), Hospital Umum Sarawak (216), Hospital Bintulu (185), Hospital Sarikei (31), Hospital Sri Aman – PKRC Sri Aman (27) dan PKRC Lawas (1).

Dalam pada itu, 191 PUI baru dilaporkan dan tujuh kes PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Seramai 608 (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 84 buah hotel dan SC Bukan Hotel adalah seramai 5,228 orang.

Manakala seramai 66,758 PUS telah tamat menjalani tempoh kurantin.

Selain itu, terdapat 24 kluster Covid-19 yang masih aktif di Sarawak.

Suara Sarawak