KUCHING: Sebanyak 210 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), sebanyak 69 kes pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu, PKRC Betong (66), Hospital Bintulu (30), Hospital Umum Sarawak (HUS)Kuching(16), Hospital Sarikei (11), PKRC Kapit (8), Hospital Miri (7), PKRC Sri Aman (3).
“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 8,987 orang atau 78.07 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.
“Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan diPKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,397 orang,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas jawatankuasa tersebut, sebanyak 935 kes aktif di Hospital Sibu dan PKRC di Sibu, Hospital Miri dan PKRC Miri (361 kes), Hospital Bintulu dan PKRC di Bintulu (321 kes), HUS dan PKRC Kuching (290 kes), Hospital Betong dan PKRC di Betong (186).
Katanya lagi, sebanyak 144 kes aktif dilaporkan di Hospital Kapit dan PKRC di Kapit, diikuti Hospital Sarikei dan PKRC di Sarikei (134), Hospital Sri Aman dan PKRC di Sri Aman (18), PKRC Mukah (tujuh) dan PKRC Serian (satu).
Sementara, 171 individu bawah siasatan (PUI) baharu telah dilaporkan dan dua PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.