Covid-19: 225 kes baharu dilaporkan hari ini

KUCHING: Sebanyak 225 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini, dengan Daerah Bintulu mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 43 kes.

Selain Bintulu, Daerah yang melaporkan kes adalah Samarahan (43), Sibu (39), Miri (24), Julau (12), Sebauh (10), Kuching (7), Kapit (7), Sarikei (7), Beluru (7), Matu (6), Meradong (6), Saratok (5), Serian (3), Song (3), Lubok Antu (2) dan Kanowit (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 17,779 kes,” menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, JPBN berkata daripada 225 kes baharu yang dilaporkan, seramai 32 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, katanya sebanyak 190 kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah dikenakan perintah di pusat kuarantin.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Apr 2021

Suara Sarawak