KUCHING: Sejumlah 2,275 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini, dengan daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi sebanyak 1,129 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata daerah Bau mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu 228 kes diikuti Serian (113), Lundu (93) dan Samarahan (81).
Selain itu ialah Bintulu (76), Sibu (71), Mukah (61), Simunjan (60), Subis (59), Miri (54), Limbang (41), Song (34), Tebedu (32), Pusa (21), Tatau (20), Betong (16) Sri Aman (15), Kapit (13), Asajaya (10), Lubok Antu (10), Bukit Mabong (8), Sarikei (7), Belaga (7), Selangau (7), Beluru (5), Kanowit (4), Dalat (3), Matu (2) serta Meradong, Lawas, Julau, Pakan dan Sebauh yang masing-masing mencatatkan satu kes.
Sementara, JPBN berkata dua kes kematian melibatkan seorang wanita berusia 81 tahun yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak dan seorang lelaki berusia 60 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kapit.
“Kedua-dua kes mempunyai komorbit iaitu mangsa wanita menghidap darah tinggi dan kencing manis manakala mangsa lelaki menghidap darah tinggi dan dislipidemia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Manakala, JPBN berkata tiada kluster baharu dan ditamatkan, dengan jumlah kluster aktif sebanyak 131.
Dalam pada itu, JPBN telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan enam kawasan iaitu Rh. Renga Anak Layang dan Rh. Ugop Umpin di Sebauh bermula 30 Ogos hingga 12 September ini.
Selain itu di Rh. Sating Bundan di Bintulu bermula 30 Ogos hingga 12 September, Rh. Manai di Lubok Antu (31 Ogos sehingga 13 September), Rh. Manggi di Limbang (31 Ogos sehingga 13 September) dan Pekan Sebangan di Simunjan (1 hingga 14 September).
Pada masa sama, tiada pelanjutan PKPD dan 14 kawasan PKPD ditamatkan iaitu di Kampung Krangan Jaya, Kampung Krangan Engkatak, Kampung Krangan Tekalong, Kuarters Salcra Melikin, Kampung Krangan Baru, Kampung Junggu Mawang, Kampung Krangan Trusan dan Kampung Sungai Menyan Cina di Serian.
Ia turut melibatkan Kampung Goebilt dan Kampung Quop di Kuching, Rh. Patrick Andin Uli di Sebauh, Rh. Machau di Lubok Antu, Rh. Edwin Engkulai Jelani di Tatau dan Rh. Paberi Magelit di Beluru.