Covid-19: 267 kes baharu, 278 kes sembuh dan discaj

KUCHING: Terdapat 267 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini dan ia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,443 kes.

 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan media berkata, daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (49), Bintulu (44), Miri (40), Samarahan (31), Kuching (19), Serian (19), Bukit Mabong (13), Julau (10), Kanowit (8), Kapit (7), Sri Aman (7), Beluru (7), Meradong (3), Sarikei (3), Song (3), Marudi (1), Matu (1), Pakan (1) dan Tanjung Manis (1).

“Daripada 267 kes baharu yang dilaporkan, seramai 25 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 231 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan.

“Mereka ini terdiri daripada 230 orang yang merupakan individu yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19, dan satu orang adalah individu yang balik dari luar negara (Import A),” katanya menerusi perkembangan harian Covid-19 di Sarawak, hari ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Mac 2021

Suara Sarawak