Covid-19: 303 kes baharu, satu kematian dicatatkan hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan 303 kes positif Covid-19 baharu hari ini dan satu kes kematian di Sibu, sekali gus menjadikan kes positif di negeri ini meningkat kepada 13,413 kes serta 95 kes kematian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daerah Serian merekodkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 101 kes baharu, diikuti oleh daerah Bintulu (57), Sibu (47), Miri (27), Meradong (13), Kapit (10), Julau (9), Kuching (8), Sarikei (8), Sri Aman (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (4), Sebauh (2), manakala satu kes masing-masing di Bau, Belaga, Kanowit, Samarahan, Selangau dan Subis.

“Daripada 303 kes baharu yang dilaporkan itu, seramai 15 bergejala semasa saringan Covid-19 dijalankan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Mac 2021

Suara Sarawak