Covid-19: 33 kluster masih aktif

KUCHING: Hari ini, Daerah Tanjung Manis telah bertukar status daripada kuning kepada jingga setelah merekodkan sejumlah 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ia menjadikan jumlah daerah berstatus jingga meningkat kepada lima daerah termasuk Kanowit, Song, Bukit Mabong dan Sarikei.

“Sementara 11 daerah kekal berstatus merah iaitu Samarahan, Sri Aman, Serian, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

“16 daerah lain juga kekal kuning, manakala hanya lapan daerah di Sarawak berstatus hijau iaitu Tatau, Pusa, Asajaya, Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu dan Kabong,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut menyatakan sejumlah 33 kluster masih aktif di Sarawak dengan lapan daripadanya mencatatkan penambahan kes.

Suara Sarawak