KUCHING: Sarawak mencatatkan sejumlah 330 kes Covid-19 sepanjang minggu epidemiologi (epid) ke-52 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 323,601.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah tersebut 323 kes di bawah kategori 1 dan 2, manakala tujuh lagi di bawah kategori 3, 4 dan 5.
“Kuching mencatatkan 109 daripada jumlah kes baharu sementara Sibu catatan 39 kes, Miri (34), Bintulu (32), Sarikei (19), Serian (18), Samarahan (15), Dalat dan Mukah (12).
“Manakala Bau (9), Betong dan Pakan (4), Kapit, Subis, Lubok Antu dan Beluru (3) diikuti Saratok, Limbang, Simunjan dua kes serta Lundu, Daro, Matu, Marudi dan Sebauh masing-masing dengan satu kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, JPBN melaporkan satu kes kematian pada minggu ke-52 epid di bahagian Kuching.