Covid-19: 35 kluster aktif termasuk satu kluster baharu hari ini

KUCHING: Sepanjang tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah mengisytiharkan sebanyak 45 buah kluster dengan 35 daripadanya masih aktif setakat hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kesemua kluster ini merekodkan sebanyak 5,783 kes positif melibatkan sebanyak 64,046 individu telah disaring.

“Hari ini juga terdapat satu kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Genting yang merupakan kluster komuniti di sebuah penempatan di Tanjung Genting, Sungai Mador, Daerah Meradong.

“Indeks merupakan kes ke-12,133 iaitu lelaki tempatan berusia 66 tahun dan bekerja di sebuah kedai makan di Sungai Mador yang dikesan melalui saringan individu bergejala.

“Hasil siasatan lanjut, seramai 21 tambahan kes baharu telah dikesan dan kesemua kini telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

.Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mac 2021

Suara Sarawak