Covid-19: 353 kes baharu, rekod tertinggi Sarawak setakat ini

KUCHING: Sarawak mencatatkan angka tertinggi positif Covid-19 hari ini dengan 353 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri mencecah 8,650 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah tersebut 181 dicatatkan di Sibu, Meradong (67), Kuching (31), Bintulu (22), Kapit (18), Miri (8), Subis (8), Betong (6), Bau (3), Dalat (3), Samarahan (2), Kanowit (1), Saratok (1), Julau (1) dan Serian (1).

“86 kes Sibu daripada pengesanan aktif kontak kes positif, 70 kes lain-lain saringan, 12 kes saringan petugas kesihatan, 11 kes saringan individu bergejala dan masing-masing satu kes melibatkan Kluster Pasai dan Kluster Geronggang.

“Untuk Meradong 65 kes melibatkan Kluster Sungai Bakong dan dua kes pengesanan aktif.

“Manakala daripada 31 kes di Kuching, 26 melibatkan Kluster Emperoh Jambu, tiga saringan individu bergejala, satu kes saringan aktif dan satu melibatkan Kluster Sungai Maong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, JPBNS memaklumkan seramai 139 kes baharu telah pulih pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari dengan 78 kes dari Hospital Sibu, Hospital Miri (21), Hospital Umum Sarawak (18), PKRC di bawah Hospital Kapit (15), Hospital Bintulu (5) dan PKRC di bawah Hospital Sarikei (2).

“Sementara kes aktif yang masih mendapat rawatan di hospital sebanyak 2,306 orang dengan Hospital Sibu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,149 kes,” ujar JPBNS.

Suara Sarawak