Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Covid-19: 399 kes baharu, 22 kematian dari 3 hingga 12 November

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 399 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 247, 081.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata sebanyak 113 kes adalah daripada kategori 1, 279 kes merupakan kategori 2, manakala tujuh kes lain kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 120 kes, diikuti Miri (70), Sibu (40), Bintulu dan Lawas (23), Limbang (19); Serian (15); Lundu (12); Mukah (11); dan Samarahan (9).

“Sementara tujuh kes di Betong, Saratok dan Dalat, Simunjan (6); Subis (5); Sri Aman dan Sarikei (4); Bau (3); Marudi, Bukit Mabong dan Matu (2).

“Manakala masing-masing satu kes di Kapit, Meradong, Tebedu, Kabong, Kanowit, Selangau, Beluru dan Telang Usan,” kata JPBN dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah JPBN, sebanyak 22 kes kematian direkodkan dalam tempoh bermula 3 November hingga 12 November.

Sementara itu, dua kluster diisytihar tamat iaitu Kluster Kampung Lintang Baru, Serian dan Kluster Kampung Segedup, Kuching.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang