Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Covid-19: 472 kes positif, dua kematian di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto fail

KUCHING: Kes positif baharu Covid-19 di Sarawak mencatatkan peningkatan dengan 472 kes hari ini, termasuk dua kematian.

Jumlah tersebut menjadikan Sarawak antara lima negeri di Malaysia yang menyumbang kes harian tertinggi, sekali gus rekod baharu harian tertinggi yang dicatatkan negara iaitu 11,079 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Daerah Miri merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 178 kes, Kuching (138), Tebedu (50), Samarahan (19), Serian (17) dan Bau (14).

Sementara sebanyak sembilan kes di Kapit, Sarikei (9), Sibu (9), Mukah (8), Song (4), Meradong (3), Sri Aman (3), Bintulu (2), Lundu (2), Selangau (2), Asajaya (1), Sebauh (1), Subis (1), Tatau (1) dan Telang Usan (1) menjadikan jumlah keseluruhan 69,576 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 168 kes merupakan tahanan di Penjara Pusat Miri, manakala tahanan dua kes tahanan imigresen di Sri Aman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN berkata sebanyak dua kes kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 435 orang.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru