ARTIKEL

Covid-19: 480 kes baharu, 12 kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan sejumlah 480 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 245, 855.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 471 kes adalah daripada kategori 1 dan 2, manakala sembilan kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 158 kes, diikuti Miri (86), Sibu (54), Bintulu (28), Sibu (27), Serian (27), Pusa (17), Samarahan (15), Limbang (14), Lawas (12), Betong (12), Bau (11), Mukah (10), Simunjan (10), Asajaya (6), Sarikei (5), Kanowit (5), Song (4), Sri Aman (4), Kapit (3) dan Tebedu (3).

“Seterusnya, Lundu, Belaga dan Subis masing-masing tiga kes, Saratok (2), Telang Usan (2), Beluru (2), Tatau (2), Meradong (1), Matu (1), Dalat (1), Selangau (1), Kabong (1) dan Sebauh (1),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, sejumlah 12 kes kematian direkodkan dalam tempoh 3 Oktober hingga 9 November dengan masing-masing tiga kes di Bahagian Betong, Kuching, dan Sibu, dua di Miri dan satu kes di Limbang.

Di samping itu, tiada kluster baharu diisytiharkan menjadikan hanya 18 kluster sahaja yang masih aktif di negeri ini.

JPBN memberitahu dua kluster diisytiharkan tamat iaitu kluster Sibuluh-Nowang, Bau dan kluster DTI Bekenu, Subis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU