Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Covid-19: 485 kes baharu dan tiga kematian, Kuching terus rekod kes tertinggi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan peningkatan hari ini apabila sebanyak 485 kes positif baharu dilaporkan, menjadikan keseluruhan kes berjumlah 76,728.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kuching masih merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi dengan 274 kes, diikuti Serian (101), Sibu (21), Bau (21) dan Bintulu (12).

“Turut merekodkan kes positif adalah Kabong sebanyak 11 kes, Samarahan (7), Simunjan (6), Tatau (5), Beluru (4), Miri (3), Betong (3), Subis (3), Mukah (3), Saratok (2) dan Kapit (2).

“Manakala Lundu, Tebedu, Sarikei, Telang Usan, Dalat, Song, dan Pusa masing-masing mencatatkan satu kes baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBN turut mendedahkan sebanyak tiga kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 462 orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 17,786 kes, tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru