KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 54 kes harian positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 251,696.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, 26 kes merupakan kategori 1, 25 kes adalah kategori 2 dan 3 kes lain melibatkan kategori 3 dan 5.
“Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 30 kes diikuti Sibu (7), Bintulu (5), Miri (4), Serian (2), Samarahan (1), Tatau (1), Limbang (1), Bukit Mabong (1), Beluru (1) dan Julau (1),” katanya.
Tambah JPBN, hanya satu kes kematian dilaporkan pada 10 Disember 2021 melibatkan lelaki warga emas berusia 81 tahun dari Limbang.