Covid-19 bukan penghalang untuk raikan perayaan

KUCHING: Perbezaan sambutan Hari Gawai tahun ini diharapkan tetap memberi kegembiraan kepada semua masyarakat, yang menyambut perayaan tersebut.

Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, masa dan peluang yang ada dapat digunakan sebaiknya untuk mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

“Meskipun kita sedang berhadapan dengan krisis Covid-19, saya berharap ia bukan penghalang kepada mereka untuk meraikan hari yang bermakna ini.

“Saya berharap, semua dapat memberi kerjasama sepanjang perayaan ini terutama dalam mematuhi arahan SOP yang ditetapkan,” katanya dalam ucapan perutusan Gawai semalam.

Menurut beliau, pandemik Covid-19 yang melanda merupakan satu rahmat dalam menyatukan dan mengeratkan hubungan rakyat terutamanya dalam keluarga masing-masing.

Beliau berharap agar semua pihak sentiasa peka terhadap kesihatan masing-masing dengan berpandukan garis panduan yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Selain itu, beliau mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung untuk mengelak penularan wabak Covid19.

Justeru, diharapkan semua pihak mematuhi arahan dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah berjaga-jaga dalam keluarga masing-masing.

Suara Sarawak