Covid-19: Daerah Song kini berstatus merah

KUCHING: Daerah Song bertukar dari status jingga ke merah, hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, ia setelah Song merekodkan sejumlah 53 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. “Sementara itu, sepuluh daerah lain kekal berstatus merah dengan sejumlah 2,483 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Ini terdiri daripada daerah Serian, Subis, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, tiga daerah iaitu Bau, Mukah dan Sarikei kekal berstatus jingga dengan 95 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Beliau turut mendedahkan, sebanyak 18 daerah kekal berstatus kuning, hari ini, iaitu “Daerah Dalat, Limbang, Selangau, Telang Usan, Tanjung Manis, Kanowit, Samarahan, Sri Aman, Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh dengan jumlah keseluruhan 137 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Manakala lapan daerah lain iaitu Pakan, Matu, Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu, Tebedu dan Kabong kekal berstatus hijau,” ujarnya.

Suara Sarawak