Covid-19: Daerah Subis kembali ke status Merah, hari ini

KUCHING: Daerah Subis telah kembali bertukar ke status Merah dari Kuning setelah merekodkan 31 kes baharu menjadikan sejumlah 49 kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan (JPBNS), Daerah Julau pula telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Jingga setelah merekodkan sejumlah 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,875 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan buah daerah ini dalam tempoh
14 hari yang lepas.

“Manakala, Daerah Selangau, Sri Aman, Matu dan Bau juga kekal berstatus Jingga dengan 118 kes jangkitan tempatan dilaporkan di empat buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan Daerah Kuching, Samarahan, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Daro, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 116 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Sehubungan itu, bagi daerah yang berstatus Hijau ialah Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa,  Kabong dan Marudi.

Suara Sarawak