ARTIKEL

COVID-19: Individu dikuarantin puas hati dengan tahap layanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NILAI: Kumpulan yang menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dekat sini, berpuas hati dengan layanan baik yang diberikan petugas yang terlibat.

Irwan Rustang, 36, seorang kakitangan sebuah syarikat perkapalan berkata, beliau bersyukur kerana layanan yang diterima sangat memuaskan ketika menjalani kuarantin setelah dibawa pulang dari Wuhan, China pada 4 Feb lepas menerusi misi bantuan kemanusiaan kerajaan Malaysia, susulan wabak koronavirus COVID-19 di negara itu.

Beliau turut menyampaikan penghargaan terhadap segala keperluan yang disediakan termasuk dalam soal penyediaan makan minum empat kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari, ‘tea break’ dan makan malam, di samping keperluan lain seperti bekalan susu, lampin pakai buang untuk anak dan juga pakaian.

“Semasa tempoh kuarantin, saya bersama keluarga memang tinggal di dalam bilik dan akan keluar sekiranya hendak ke bilik mencuci pakaian di sini. Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana menjaga kami dan menguruskan keperluan kami dengan baik,” katanya.

Beliau adalah antara 107 individu merangkumi rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Wuhan pada 4 Feb lepas, yang pada Selasa dibenarkan untuk meninggalkan AKEPT selepas tamat tempoh kuarantin dan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur, Ivy Sim, 40, turut melahirkan perasaan syukur kerana dapat kembali menjalani kehidupan normal setelah dibenar meninggalkan pusat pemantauan itu.

“Sepanjang proses kuarantin di sini, saya masih boleh berkomunikasi dengan keluarga menggunakan telefon. Kami dapat saling berhubungan, tapi mereka tidak boleh datang ke sini.

“Sepanjang berada di sini, layanan yang diberi sangat baik dan kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana cekap dan bagus dalam soal ini,” katanya.

Berkongsi pandangan serupa, seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Wu, 20, berkata petugas di pusat pemantauan itu sangat membantu sepanjang tempoh kuarantin.

“Saya dikuarantin bersama dengan bayi lelaki berumur dua bulan, dan sering meminta beberapa barang untuk mereka, tapi petugas di pusat itu amat mengambil berat soal keperluan kami, sering memberikan kami lebih daripada apa yang diperlukan seperti lampin bayi, pakaian dan sebagainya,” katanya.

“Saya amat berpuas hati dengan layanan yang diterima, dan saya rasa mereka yang bukan rakyat Malaysia yang dikuarantin di sini juga mempunyai pandangan yang serupa,” tambahnya.

Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat sepanjang operasi di pusat pemantauan itu termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu