Covid-19: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB), Bintulu diminta ubah suai SOP

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) diarahkan untuk mengubah suai SOP kemasukan orang ramai ke Bintulu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya telah mengutarakan perkara terbabit kepada JPBB Bintulu bagi memudahkan pergerakan orang ramai.

“Kita sedar akan isu berkenaan dan kita arahkan JPBB untuk mengubah suai SOP bagi memudahkan orang ramai melintasi Bintulu jika ke Miri.

“Ada beberapa kargo dan trak terpaksa berpatah balik,” katanya pada sidang media harian kemas kini pandemik Covid-19 di sini hari.

Suara Sarawak