KUCHING: Daerah Kanowit telah bertukar status daripada jingga kepada merah setelah sejumlah 73 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini, Daerah Dalat turut bertukar status dari kuning kepada jingga dengan sejumlah 22 kes jangkitan tempatan direkodkan.
“Daerah Serian dan Pakan pula telah bertukar status dari hijau kepada kuning setelah masing-masing merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya.
Manakala, Daerah Kuching, Sibu, Miri dan Beluru kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,035 kes jangkitan tempatan dilaporkan di empat daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sebauh juga kekal berstatus jingga dengan 27 kes jangkitan tempatan direkodkan.
Daerah Subis, Belaga, Betong, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Beluru, Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Bintulu dan Limbang kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 77 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala 15 daerah lain kekal berstatus hijau.

Abang Johari kunjungi Tun Taib
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun