Trending

Covid-19: Kes baharu meningkat, sejumlah 75,211 individu positif di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak kembali mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 464 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes berjumlah 75,211.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kuching masih melaporkan jumlah kes jangkitan tertinggi dengan 184 kes, diikuti Serian (79) dan Samarahan (66).

“Turut merekodkan kes positif adalah Meradong sebanyak 21 kes, Bintulu (19), Bau (16), Sibu (15), Tebedu (10), Tatau (10), Asajaya (9), Dalat (7), Lundu (6), Miri (5), Mukah (4), Kapit (3), Saratok (2) dan Telang usan (2).

“Manakala Simunjan, Betong, Song, Pusa, Selangau dan Beluru masing-masing mencatatkan satu kes baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBN turut menyatakan tiada kematian akibat wabak itu dicatatkan di Sarawak, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN berkata tiada kluster baharu dilaporkan, manakala tiga kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri, Kluster Kampung Sinar Budi Baru di Kuching dan Kluster Bali Pie di Subis.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru