Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Covid-19: Kes positif semakin menurun, dua kluster tamat di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kadar kes positif Covid-19 di Sarawak semakin menunjukkan penurunan apabila sebanyak 121 kes direkodkan dan tiada kematian baharu dilaporkan, hari ini.

Dalam masa yang sama, dua kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Jalan Bukit Mata dan Kluster Jalan Padungan di Bahagian Kuching, menjadikan hanya satu kluster masih aktif.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah kes baharu tersebut, 115 daripadanya merupakan kategori klinikal 1 dan 2, manakala enam kes dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Bagi pecahan kes, Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 35 kes baharu, diikuti Miri (19), Bintulu (18), Limbang (13), Sibu (11), Samarahan (5) dan Serian (4).

“Disamping itu, dua kes dilaporkan di Simunjan, Daro (2), Kanowit (2) dan Selangau (2), manakala masing-masing satu kes di Dalat, Sarikei, Lubok Antu, Asajaya, Mukah, Pusa, Subis dan Pakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, JPBN memberitahu sebanyak 21 lagi daerah lain di negeri tidak merekodkan sebarang kes baharu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru