Covid-19: K’jan sasar hujung Ogos ini selesaikan program vaksinasi

KUCHIING: Semua syarikat yang beroperasi di Sarawak perlu mengemukakan senarai pekerja masing-masing yang bersedia untuk divaksin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata senarai pekerja boleh dihantar kepada Pejabat Residen di bahagian masing-masing.

“Kita sekarang meminta syarikat-syarikat supaya mengemukakan nama pekerja mereka yang bersedia untuk divaksin.

“Diharapkan senarai itu sampai kepada kita sebelum 12 April ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata langkah itu bagi memastikan semua penduduk di Sarawak divaksin.

Malah, katanya Kerajaan Sarawak juga bersedia membeli vaksin sendiri sekiranya bekalan vaksin dari Putrajaya lambat diperolehi.

“Kami mahu seluruh penduduk Sarawak dapat divaksin menjelang penghujung Ogos, ini keutamaan kami,” katanya.

Suara Sarawak