Covid-19: Kluster Bedayan di Daerah Serian tamat hari ini

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan Kluster Bedayan di Daerah Serian telah tamat, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kluster ini diisytiharkan tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan.

“Bagaimanapun, terdapat 26 kluster yang masih aktif di Sarawak setakat hari ini.

“Sehubungan itu, terdapat enam kluster yang mempunyai penambahan kes manakala 20 kluster yang lain tiada penambahan kes,” katanya dalam sidang media perkembangan harian Covid-19 di Sarawak hari ini.

Suara Sarawak