SIBU: Perkhidmatan bot ekspres bagi laluan Sibu-Sarikei-Tanjung Manis-Kuching ditangguhkan sementara mulai hari ini sehingga dimaklumkan kemudian, selepas Sibu dikategorikan sebagai zon merah COVID-19.
Asisten Kontroler Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wilayah Sibu Hatta Morshidi berkata, penangguhan perkhidmatan tersebut adalah atas inisiatif syarikat yang mengendali operasi perkhidmatan itu dan bukan atas arahan LSS.
Menurutnya, syarikat tersebut juga sudah memaklumkan kepada LSS berhubung penangguhan perkhidmatan berkenaan, dan notis telah ditampal di Terminal Penumpang Sibu untuk makluman orang ramai.
Bagaimanapun katanya, perkhidmatan bot ekspres laluan ulang alik Sibu-Song-Kapit-Sibu masih lagi beroperasi seperti biasa.
Sementara itu Hatta berkata, setiap penumpang adalah diwajibkan mengimbas atau mencatat butiran peribadi dan suhu badan serta memakai pelitup muka, sebelum dibenarkan memasuki bot ekspres.
Pada 8 Jan, hasil saringan ke atas 74 penduduk Rumah Panjang Langi, Pasai Siong Tengah dekat sini, 37 penduduk telah didapati positif COVID-19. Berikutan itu lapan rumah panjang di kawasan berkenaan telah dikenakan sekatan pergerakan, selama dua minggu.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my