Covid-19: Ratusan kanak-kanak maut

JAKARTA: Ratusan kanak-kanak di Indonesia dipercayai maut akibat Covid-19, sekali gus menjadikan republik itu mencatat kadar kematian kanak-kanak akibat wabak itu tertinggi di dunia.

Mengutip Reuters, pihak berkuasa kesihatan dan pediatrik di negara keempat terpadat di dunia itu berkata, kadar kematian tinggi kanak-kanak itu turut dipengaruhi faktor kekurangan zat makanan, anemia dan kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi.

“Jangkitan Covid-19 membuktikan kita harus memerangi kekurangan zat makanan,” kata Achmad Yurianto, seorang pegawai kanan kementerian kesihatan. Tambahnya, kanak-kanak Indonesia yang anemia dan kekurangan zat makanan menjadikan mereka mudah terdedah dengan virus korona.

Sejak Indonesia mengumumkan jangkitan pertamanya pada Mac, sejumlah 2,000 kematian dilaporkan menjadikannya tertinggi di Asia Timur, di luar China. Sejumlah 715 orang di bawah usia 18 tahun dijangkiti Covid-19, sementara 28 lagi meninggal dunia, menurut dokumen kementerian kesihatan bertarikh 22 Mei.

Dalam rekod itu turut menyatakan lebih 380 kematian daripada 7,152 kanak-kanak yang diklasifi kasikan sebagai ‘pesakit di bawah pemantauan, yang mempunyai gejala Covid-19 yang teruk, namun tiada ujian dilakukan mengesahkan jangkitan itu.

Manakala angka rasmi kanakkanak yang meninggal akibat Covid-19 ialah 28 orang setakat 22 Mei, dan menjadikan angka kematian kanak-kanak tertinggi di Indonesia iaitu pada 2.1 peratus daripada keseluruhannya.