KUCHING: Sarawak mencatatkan sejumlah 1,046 kes Covid-19 sepanjang minggu epidemiologi (epid) ke-47 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 320,411.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah tersebut 1,029 kes di bawah kategori 1 dan 2, manakala 17 lagi di bawah kategori 3,4 dan 5.
“Kuching mencatatkan 354 kes manakala Sibu 147 kes, Miri (93), Bintulu (96), Samarahan (44), Sarikei(32), Bau(31),Serian (30), Kapit (27), Julau (23), Lawas (21), Sri Aman (19), Lubok Antu (16), Subis dan Betong (11).
“Manakala Mukah dan Tatau catat lapan kes, Dalat, Limbang, Selangau dan Beluru (6), Simunjan, Kanowit, Pusa (5), Daro dan Telang Usan (4), Asajaya, Marudi, Meradong, Saratok dan Kabong (3), Song, Lundu, Tebedu, Pakan dan Sebauh (2) serta Bukit Mabong, Tanjung Manis, Matu masing-masing catat satu kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, JPBN melaporkan daerah Sri Aman, Betong dan Sarikei, rekod satu kes kematian pada minggu ke-47 Epid (Epidemiologi).