PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Covid-19: Sarawak catat 2,992 kes baharu, jumlah kematian 540 orang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Sarawak mencatatkan angka jangkitan harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 2,992 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 121,964 kes.

Hari ini turut menyaksikan Sarawak merekodkan tujuh kematian sekali gus sejumlah 540 individu telah menjadi korban wabak tersebut setakat ini.

Bagaimanapun kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebanyak 2,986 atau 99.8 peratus kes baharu adalah kategori 1 dan 2, manakala satu kes (kategori 3), dua kes (kategori 4) dan tiga kes (kategori 5).

“Antara daerah yang melaporkan tiga angka kes positif adalah Kuching dengan 1342 kes, diikuti Sibu (282), Samarahan (147), Lundu (134), Betong (117), Bintulu (110), dan Lubok Antu (105),” uajrnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kematian, JPBN berkata dua kes direkodkan di Daerah Kuching, manakala masing-masing satu kematian di Tebedu, Subis, Sri Aman, Song, dan Sibu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru