ARTIKEL

Covid-19: Sarawak catat 300 kes baharu, lapan kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatatkan 300 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini baharu dengan lapan kematian sejak 14 Oktober lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, 294 kes adalah dari Kategori 1 dan 2, manakala enam kes adalah dalam Kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching merekodkan 96 kes, diikuti Miri (51), Sibu (33), Serian (29), Bintulu (20), Bau (9), Dalat (8), Mukah (7), Samarahan (6), Daro (6) dan Belaga (5).

“Selain itu, Limbang dan Sri Aman masing-masing dengan empat kes, Tebedu (3), Saratok (3), Subis (3), Pakan (3), Sarikei (2), Song (2), Meradong (2), Lundu (1), Matu (1), Marudi (1) dan Tatau (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas mengenai kes kematian, JPBN berkata tiga kes masing-masing di Sri Aman dan Betong dan dua di Kuching dilaporkan dari 14 Oktober hingga 15 November.

Sementara, tiada kluster baharu diisytihar, manakala dua kluster tamat iaitu Kluster Air Awat-Awat di Lawas dan Kluster Menuang di Limbang.

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk