ARTIKEL

Covid-19: Sarawak catat 311 kes baharu, 9 kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 311 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 248,544 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 110 kes adalah daripada kategori 1, kategori 2 (191) dan 10 kes tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 112 kes, diikuti Miri (39), Serian (19), Sibu dan Bintulu (18), Lawas (14), Betong dan Limbang (13).

“Manakala, lapan kes di Mukah dan Samarahan, Sri Aman (7), Pusa (6), Sarikei, Simunjan dan Bau (5), Lundu dan Subis (3), Maradong, Pakan dan Selangau (2) manakala masing-masing satu kes di Belaga, Saratok, Kapit, Dalat, Matu, Telang Usan, Kanowit, Beluru dan Kabong,” kata JPBN dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan sebanyak sembilan kes kematian direkodkan bagi tempoh 12 hingga 17 November lalu.

Sementara itu, tiada kluster baharu yang dikesan hari ini manakala dua kluster diisytihar tamat iaitu Kluster Pinang Jawa, Kuching dan Kluster Giam, Kuching.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU