KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 351 kes jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 299,936 kes.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daripada jumlah tersebut, 346 kes melibatkan kategori klinikal 1 dan 2 manakala lima lagi tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5.
“Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes, diikuti Miri (50), Sibu (44), Bintulu (34), Sarikei (13), Limbang (13), Serian (10) dan 10 kes di daerah Samarahan.
“Manakala, Mukah merekodkan tujuh kes, diikuti Lundu (6), Sri Aman (4), Simunjan (4), Marudi (4), Kabong (4), Subis (4), Betong (3), Saratok (3), Dalat (3), Kapit (2), Daro (2), Pusa (2), Belaga (2), Bau serta Song (2) dan masing-masing satu kes di daerah Pakan, Tanjung Manis, Lubok Antu, Tatau, Sebauh dan Beluru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
JPBN dalam kenyataan sama turut memaklumkan terdapat satu kes kematian melibatkan seorang wanita warga emas yang berusia 65 tahun dari daerah Kuching.
Jelasnya, warga emas tersebut mempunyai latar belakang penyakit seperti penyakit darah tinggi, dislipidemia dan kanser.
Dalam pada itu, JPBN memaklumkan tiada kluster baharu diisytiharkan, sementara tujuh kluster masih aktif.