Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Covid-19: Sarawak catat 441 kes, tiada kematian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak mencatatkan lonjakan kes positif Covid-19 apabila sebanyak 441 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut sejumlah 439 kes merupakan kategori 1 dan 2, manakala tiga kes dalam lain2 kategori.

“Daerah Kuching merekodkan kadar jangkitan tertinggi dengan 132 kes, diikuti Miri (111), Sibu (104), Bintulu (25), Kapit (20), Samarahan (9), Limbang (9), Serian (8), Sarikei (4) dan Bau (3).

“Manakala masing-masing dua kes di laporkan di Asajaya, Tanjung Manis, Betong, Bukit Mabong dan Selangau.

“Lundu, Tebedu, Simunjan, Dalat, Beluru dan Sebauh pula masing-masing merekodkan satu kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, tiada kematian baharu dilaporkan, sementara jumlah kluster yang aktif kekal dua dengan tiada penambahan kes.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk