KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 499 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 244,114.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 145 kes adalah daripada kategori 1, kategori 2 (338), kategori 3 (5), kategori 4 (10) dan kategori 5 (1).
“Daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 128, diikuti Miri (65), Limbang (40), Bintulu (38), Lawas (33), Sibu (30), Serian (29), Samarahan (14), Dalat (13), Mukah (11) dan masing-masing 10 kes di Kapit, Lundu dan Bau.
“Manakala sembilan kes di Sarikei, Daro (9); Betong (8), Tatau (5), Meradong (4), Asajaya (4), Pusa (3), Sri Aman (3), Belaga (3), Subis (3), Selangau (3), Matu (2), Telang Usan (2) manakala masing-masing satu kes di Simunjan, Kanowit, Marudi, Tebedu, Kabong, Lubok Antu, Saratok, Bukit Mabong, Pakan dan Sebauh,” kata JPBN dalam kenyataan media, hari ini.
Tambah JPBN, sebanyak 19 kes kematian direkodkan bagi tempoh 23 Oktober hingga 5 November lalu dengan tujuh daripadanya merupakan jenazah dibawa ke hospital (BID).
“Sementara itu, satu kluster diisytihar tamat iaitu Kluster Duras, Serian.
“Manakala satu lokaliti ditamatkan PKPD iaitu Rh. Endit, Nanga Batang, Budu,” katanya.



