KUCHING: Sarawak terus merekodkan angka positif Covid-19 yang tinggi dengan sejumlah 581 kes baharu dilaporkan hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ini menjadikan sejumlah 62,147 kes positif dicatatkan di negeri ini.
“Bagaimanapun, jumlah kematian kekal 392 selepas tiada kes baharu dilaporkan hari ini,” kata JPBN dalam kenyataan.
Mengulas pecahan kes, JPBN berkata Sibu mencatatkan kes tertinggi iaitu 85, diikuti Sri Aman (63), Kuching (58), Tatau (49), Bintulu (46), Miri (39), Saratok (26), Meradong (24), Mukah (20), Asajaya (20) dan Kanowit (19).
“Sementara 17 kes di Tebedu, Lundu (16), Kapit (16), Samarahan (13), Sarikei (11), Matu (10), Bau (8), Telang Usan (7), Song (7), Kabong (5), Julau (4), Sebauh (3), Serian (3), Marudi (3), Bukit Mabong (3), Betong (2), Simunjan (1), Selangau (1) Subis (1) dan Dalat (1).
“Dalam pada itu, sebanyak 455 kes sudah pulih menjadikan sejumlah 51,224 atau 82.42 peratus individu di negeri ini sudah sembuh,” ujar JPBN.