Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Covid-19: Sarawak catat 750 kes, 18 kematian dilapor 14 hingga 21 Oktober

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto fail

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 750 kes baharu Covid-19, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif setakat hari ini sejumlah 235,215.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 732 kes atau 97.60 peratus adalah daripada kategori 1 dan 2, manakala 18 kes atau 2.40 peratus merupakan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching terus merekodkan kes tertinggi iaitu 217, diikuti oleh Miri (143); Sibu (97); Bintulu (53); Serian (44); Limbang (37); Lawas (22); Kapit (13); Sarikei, Betong dan Samarahan (11); serta Sri Aman (10).

“Manakala sembilan kes di Meradong; Kanowit (8); Belaga (7); Saratok, Baud an Song (6); Subis (5); Kabong, Simunjan, Julau, Tebedu dan Selangau (4); Marudi dan Asajaya (3); Dalat dan Sebauh (2); Pakan, Telang Usan, Bukit Mabong dan Beluru (1),” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, menurut JPBN lagi terdapat 18 kes kematian direkodkan di negeri ini dari 14 hingga 21 Oktober melibatkan mangsa masing-masing berusia 31 hingga 84 tahun.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Siapa diktator?

BARU-BARU ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa