KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan sebanyak 813 kes jangkitan Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 288,660 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut, 285 kes adalah kategori 1, 520 kes dalam kategori 2 manakala lapan kes lain melibatkan kategori 4 dan 5.
“Daerah Kuching terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 277 kes diikuti Miri (128), Bintulu (72), Sibu (61), Samarahan (42), Limbang (36), Sarikei (33), Serian (26), Bau (17), Saratok (14), Mukah (13), Tanjung Manis (12) dan Sri Aman serta Dalat (10).
“Sementara, lapan kes dilaporkan di Meradong, Betong (7), Lawas (6), Asajaya (5) dan Kabong (4), Tebedu, Simunjan, Pusa, Lundu, Marudi, Subis dan Telang Usan (3), Daro, Beluru dan Kanowit (2) manakala masing-masing satu kes di Lubok Antu, Pakan, Kapit, Matu dan Selangau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagi kes kematian jelas JPBN, sebanyak tiga kes kematian dilaporkan pada 19 Mac yang mana kesemua mangsa adalah wanita masing-masing berumur 57, 71 dan 86.
Dalam kenyataan sama, JPBN mendedahkan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.