KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 92 kes positif Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 303,982.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 34 kes dalam kategori 1, manakala 58 tergolong dalam kategori 2.
“Derah Kuching merkodkan 24 kes, diikuti Miri (22), Bintulu (13), Sibu (5), Subis (4), Sarikei, Serian dan Limbang (3) serta dua kes di daerah Samarahan, Sebauh, Lubok Antu dan Bau.
Manakala, daerah Lundu, Mukah, Lawas, Dalat, Marudi, Saratok dan Pakan catat satu kes hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam hal berkaitan, JPBN memaklumkan tedapat satu kematian dilaporkan melibatkan seorang wanita dari Miri berusia 74 tahun.