ARTIKEL

Covid-19: Sarawak kembali catat kes tinggi, 759 positif, dua kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 759 kes baharu positif Covid-19, sekali gus menyumbang kepada 20,596 kes harian tertinggi direkodkan di Malaysia, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Daerah Kuching terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 330, diikuti Subis (160) dan Serian (70).

“Samarahan pula merekodkan 36 kes, Sibu (23), Bau (21), Tatau (18), Kabong (17), Lundu (14) Beluru (10), Bintulu (8), Betong (7), Miri (7) dan Simunjan (7).

“Selain itu, Asajaya merekodkan enam kes, Sebauh (5), Dalat (4), Meradong (4), Sri Aman (3), Saratok (2), Selangau (2), manakala Mukah, Kapit, Sarikei, Tanjung Manis dan Tebedu masing-masing mencatatkan satu kes.

“Menjadikan keseluruhan meningkat kepada 79,522 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata dua kes kematian baharu direkodkan hari ini melibatkan seorang wanita berusia 48 tahun dan lelaki berusia 61 tahun.

Dalam perkembangan sama, JPBN memberitahu Beluru bertukar status ke merah, Sebauh bertukar status kuning daripada hijau, Telang Usan kembali ke status kuning daripada jingga dan Bukit Mabong kembali ke status hijau.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU